Hukuman sebat: Pahang bayang ikut langkah Terengganu - Utusan Malaysia

Hukuman sebat: Pahang bayang ikut langkah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Pahang membayangkan bakal mengikut langkah Terengganu mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, perkara itu kini dalam perbincangan memandangkan pelaksanaan hukuman tersebut memerlukan penelitian mendalam.

Beliau berkata, ia adalah wajar dan sokongan harus diberi bagi menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang membendung amalan LGBT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menyokong (sebat) sebab ia melambangkan keindahan Islam, tapi masih belum diputuskan lagi, kita sedang melihat perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kembara Merdeka Hijrah 2018 di perkarangan pejabat JAIP di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan pasangan lesbian masing-masing berumur 22 dan 32 tahun masing-masing disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta pada 8 April lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini