KUALA LUMPUR – Pemburu haram yang memasang dan memiliki jerat bakal berdepan dengan hukuman lebih berat apabila Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dikaji semula. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Akta 716 bakal dipinda bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemburu haram yang menggunakan jerat untuk membunuh atau menangkap hidupan liar bagi mendapatkan keuntungan. “Ini adalah cadangan…










