Hujan lebat dan angin ribut di seluruh Perlis - Utusan Malaysia

Hujan lebat dan angin ribut di seluruh Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Hujan lebat dan angin ribut di seluruh daerah di Perlis malam ini menyebabkan beberapa jalan dan pintu gerbang roboh kerana ditimpa pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, pintu gerbang di Repoh dan di Jalan Santan di sini roboh kerana angin kuat.

“Pengguna diminta menggunakan jalan alternatif.

“Sementara itu, beberapa jalan di sini, Arau dan Padang Besar turut tidak boleh dilalui kenderaan kerana pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

hujan ribut
Kejadian hujan dan ribut tersebut mengakibatkan beberapa kerosakan.

 

Dalam pada itu, difahamkan terdapat beberapa kemalangan ekoran hujan lebat dan angin ribut  yang bermula pukul 10 malam itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN