HUBUNGAN baik Syafiq Kyle dan Hannah Delisha yang serasi dengan kolaborasi yang sentiasa dinanti-nantikan peminat kini dikhabarkan kurang enak. Ada badai yang melanda keakraban mereka yang kini hadir dengan naskhah Langsuir, filem yang menyaksikan masing-masing digandingkan di layar perak buat julung kalinya. Pun begitu mereka menegaskan desas-desus yang bertebaran itu tidak benar sama sekali, malah hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik dan menyenangkan. “Dakwaan mengatakan kami bermasam muka tidak…










