HSR: Lebih lambat tangguh, lebih banyak jumlah kos  - Utusan Malaysia

HSR: Lebih lambat tangguh, lebih banyak jumlah kos 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Kerajaan mungkin terpaksa membayar kos terbantut atau kos abortif yang lebih tinggi jika keputusan menangguhkan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibuat lebih lewat, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sehubungan itu katanya beliau tidak faham dengan pandangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata kerajaan sepatutnya menunggu  sehingga garis masa tender projek tamat pada penghujung tahun ini sebelum membuat keputusan menangguhkan HSR.

“Kenapa kena tunggu sampai hujung tahun? Jika kita tidak buat (penangguhan) sekarang  nanti akan kena bayar lebih… kerana secara asasnya lagi lambat kamu hentikan lagi banyak pampasan perlu dibayar.

“Saya tidak faham apa lojik dia (Najib), melainkan jika mahu kita membayar lebih banyak. Saya perlu membaca lebih lagi penjelasan dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat dan Penerangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Perniagaan Cina Bentong di sini, hari ini.

Guan Eng mengulas kenyataan Najib menerusi laman Facebooknya bahawa kerajaan sepatutnya menunggu sehingga tender projek HSR ditutup sebelum memeterai perjanjian dengan Singapura untuk menangguhkan projek itu sehingga Mei 2020. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN