Henti berpolitik, bantu rakyat - Utusan Malaysia

Henti berpolitik, bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SUDAH lebih 20 tahun saya berniaga kecil-kecilan di Jerantut, Pahang. Rezeki yang saya dapat sederhana dan bolehlah dikatakan mampu bertahan. Adakalanya saya juga terpaksa meminjam kerana kesempitan wang.

Namun, sejak akhir-akhir ini pelanggan saya amat berkurangan sekali. Akibatnya, pendapatan saya juga merudum.

Dari kiraan yang dibuat, kemungkinan besar saya terpaksa gulung tikar pada akhir Disember ini.

Kalau saya hendak tukar kerja dengan umur sudah melebihi 65 tahun, manakan mampu.

Umur macam saya mahu makan gaji pun tidak ada syarikat yang mahu terima.

Saya dapati ketiadaan pelanggan disebabkan rakyat kini tiada kuasa membeli.

Kebanyakannya adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Orang Melayu kini kembali susah hidup mereka. Ekonomi mereka tidak bergerak.

Kerajaan dan menteri yang duduk senang-lenang dengan gaji lumayan tidak sedarkah kesusahan rakyat bawahan masa kini?

Lakukanlah sesuatu. Anda kerajaan dan menteri boleh tidur lena tetapi kami rakyat bawahan merana.

Saya juga merayu sultan dan raja Melayu tegur-tegurlah kerajaan dan menteri supaya turun padang dan bela nasib rakyat.

Walaupun keluhan dan rayuan saya ini kemungkinan besar tidak mendapat perhatian kerajaan atau menteri, namun saya yakin ramai lagi rakyat yang senasib dengan saya.

Malah jiran saya juga menghadapi masalah apabila syarikat besar tempat dia bekerja terpaksa menghentikan operasi dan jiran berkenaan terpaksa pulang ke kampung dan kini cuba mencari pekerjaan tetapi setelah empat bulan masih gagal. Sungguh sedih dan pilu hati ini.

 

WARGA USANG

Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN