LIVERPOOL 27 Sept. – Penolong pengurus Chelsea, Gianfranco Zola menghambur pujian kepada Eden Hazard dengan menyifatkan bintang Belgium itu sebagai antara pemain terbaik dunia selepas dia meledak gol mengagumkan ketika Blues menumpaskan Liverpool 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Liga di Anfield, hari ini. Kedua-dua pasukan melakukan sembilan pertukaran dengan ‘sebelah mata’ lagi tertumpu kepada pertembungan merebut kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Sabtu ini. Perjudian yang dilakukan Maurizio…










