KUALA LUMPUR 5 Sep. – Masih ingatkah lagi penyanyi lagu berjudul Sonata Musim Salju? Malam ini, Norkamal Hazami Ahmad atau lebih popular dengan nama Hazami, akan muncul sebagai artis undangan segmen bual santai, Jom Chat di Utusan Online.
![]() |
|
HAZAMI
|
Sebelum ini, Hazami pernah diundang sebagai artis jemputan Jom Chat yang disiarkan secara live di platform media sosial, Facebook Utusan Online pada setiap hari Rabu, 9 sehingga 10 malam.
Malam ini, Hazami muncul semula sebagai artis undangan Jom Chat tetapi kemunculan beliau pada malam ini tidaklah berseorangan kerana turut diundang sebagai artis jemputan ialah Ahmad Zamil Mohd. Idris yang dicungkil bakat seninya menerusi Malaysian Idol 2004.
Zamil adalah salah seorang finalis bagi pertandingan Malaysian Idol musim pertama ketika itu.
Beliau juga mempunyai single berjudul Keranamu, ciptaan komposer Azlan Abu Hassan.
Berbalik kepada kisah Hazami yang mempunyai single terbaharu berjudul Maha, Hazami juga tampil dengan single duet berjudul Kudrat.
Projek istimewa Hazami dan Zamil ini akan diperincikan apabila para pelayar Utusan Online like page Facebook Utusan Online dan nantikan notifikasi pada pukul 9 malam ini untuk menonton secara live Jom Chat yang dihoskan oleh Apak. – UTUSAN ONLINE












