TEHERAN 23 Sept. – Presiden Iran, Hassan Rouhani berikrar untuk membalas dendam terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden tembakan rambang ke arah orang ramai yang menyaksikan sekurang-kurangnya 29 orang termasuk anggota Pengawal Revolusi Iran, wanita dan kanak-kanak terbunuh semalam. Beliau menuduh Amerika Syarikat (AS) sengaja ingin mencetuskan ketidakstabilan di negara-negara Islam dengan menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan ketenteraan kepada kumpulan etnik Arab yang menolak kerajaan. “Banyak negara Islam di…










