HASRAT Pahang untuk mendapatkan bekalan selesa pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri tidak kesampaian selepas terikat seri 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Meskipun skuad Tok Gajah menguasai perlawanan, namun anak-anak buah Dollah Salleh gagal merobek gawang skuad Harimau Selatan dan keputusan kekal 0-0 sebaik tamat separuh masa pertama. Bermula babak kedua, JDT bermula garang apabila percubaan pertama oleh…










