KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid telah memfailkan saman pemula supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan bahawa Seksyen 28A(8) dan (9) Kanun Tatacara Jenayah adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Perlembagaan Persekutuan. Hasanah telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang, 28 Ogos lalu dan direman selama lima hari memfailkan saman pemula itu melalui firma…










