Harta pemimpin kerajaan dipapar - Utusan Malaysia

Harta pemimpin kerajaan dipapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula pada 1 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, ia seiring dengan arahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memper­kenalkan rancangan bual bicara SPRM 360 di sini semalam. Portal SPRM itu boleh dilayari di www.sprm.gov.my.

Menurutnya, kesemua ahli kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.

Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata, setakat ini pihak­nya belum me­nerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN