Hari Bertemu Pelanggan MBPJ Jumaat ini - Utusan Malaysia

Hari Bertemu Pelanggan MBPJ Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada 7 September ini.

Hari Bertemu Pelanggan MBPJ Jumaat ini
 

MBPJ dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, program tersebut bertujuan menyediakan platform kepada masyarakat khususnya penduduk di sekitar Petaling Jaya untuk bertemu pihak pengurusan bagi menyalur dan menerima maklum balas berkaitan aduan.

“Orang ramai boleh hadir ke Hari Bertemu Pelanggan pada Jumaat ini di Tingkat 1, Ibu pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 52, Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini