Harga ubat-ubatan akan dikawal - Utusan Malaysia

Harga ubat-ubatan akan dikawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Kesihatan akan membentangkan mekanisme bagi mengawal harga ubat-ubatan di pasaran selewat-lewatnya bulan hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kerajaan perlu membentangkan mekanisme kawalan harga ubat berikutan harganya meningkat setiap tahun.

“Kementerian mendapati harga ubat-ubatan di pasaran meningkat pada kadar 10 hingga 20 peratus setiap tahun dan ia membebankan kerajaan serta orang ramai terutamanya mereka yang tidak berkemampuan.

“Perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga telah dimulakan sejak sebulan lalu bagi merealisasikan pelaksanaan mekanisme harga kawalan ubat tersebut dan ia akan diumumkan tahun ini selewat-lewatnya bulan depan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN