Halimey nafi kempen guna jentera kerajaan - Utusan Malaysia

Halimey nafi kempen guna jentera kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan beliau menggunakan jentera kerajaan negeri Selangor untuk berkempen meraih sokongan pengundi.

Jelas Halimey, beliau tidak berkempen menggunakan jentera kerajaan malah tidak juga memberikan sebarang sumbangan dan barangan kepada mana-mana pihak.

“Saya tidak beri barang apa-apa pun, boleh semak.

“Saya juga tidak lakukan penyerahan barang kepada sesiapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya) memang ada beri, tetapi beliau tiada masalah sebab sebagai ahli Parlimen.

“Saya sebagai calon yang tidak dibenarkan beri barang,” katanya kepada pemberita di Pangsapuri Seri Jati, di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan dakwaan calon Pas, Dr. Halimah Ali yang melihat jentera kerajaan negeri digunakan bagi membantu kempen Halimey di kawasan PJS 6 dan Desa Mentari, Petaling Jaya.

Sementara itu, Halimey berkata, sekiranya diberi peluang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),beliau bertekad mahu memperkasakan bidang keusahawanan di DUN Seri Setia terutama dalam kalangan generadi muda.

“Saya akan mengusahakan strategi dan langkah tertentu supaya usahawan muda khususnya mendapat peluang mempromosi produk mereka secara agresif terutama menerusi media sosial yang terpilih.

“Bagi membantu mereka meluaskan jaringan perniagaan masing-masing, golongan itu juga akan dibantu memasarkan produk mereka di dalam premis perniagaan dan pusat beli-belah terkenal terutama di sekitar Lembah Klang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

//habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini