Halimey menangis kenang zaman dulu - Utusan Malaysia

Halimey menangis kenang zaman dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. Kehidupan sebagai anak setinggan dan hidup susah ketika alam persekolahan membuatkan calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar menangis ketika mengimbau kembali zaman beliau dibesarkan.

HALIMEY ABU BAKAR
HALIMEY ABU BAKAR

Malah, Halimey yang sebak dan terdiam seketika ketika diajukan soalan sedikit pun tidak menjadikan kesusahan dan perbezaan latar belakang antaranya dan calon Pas, Dr. Halimah Ali alasan untuk mengalah dalam PRK tersebut.

“Memang saya anak setinggan dan tahu susahnya kehidupan ketika itu. Bapa saya bekerja sebagai peniaga pasar malam. Pernah ayah saya dapat RM20 sahaja sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu salah satu fokus utama saya adalah mahu membantu penduduk miskin bandar,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH PRK DUN Seri Setia di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini