Halimey menang di Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi - Utusan Malaysia

Halimey menang di Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Calon anak tempatan, Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia apabila menewaskan calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Halimey, 46, yang merupakan bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr. Halimah, 58, yang merupakan bekas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor mendapat sejumlah 9,698 undi.

Halimey bagaimanapun memperoleh majoriti lebih rendah berbanding majoriti undi 19,372 yang dimenangi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Allahyarham Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lepas.

prk
Para penyokong meraikan kemenangan Halimey. 

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain pada pukul 9 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sivik MBPJ di sini.

PRK DUN Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong dan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Shaharuddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN