PERBUATAN menzalimi haiwan seolah-olah menjadi satu budaya popular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Memukul, memijak, melanggar, merantai tanpa diberikan makanan, menjerut, mencekik, mencurahkan air panas dan membunuh, semuanya sudah dilakukan oleh segelintir masyarakat. Ada pula yang sewenang-wenangnya membuang haiwan peliharaan mereka di merata-rata tempat apabila sudah tua dan dinafikan hak untuk mendapat rawatan bila sakit atau mengalami kecederaan. Di bawah Seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta…










