Hadi akui Tun Mahathir kini lebih baik - Utusan Malaysia

Hadi akui Tun Mahathir kini lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Pas mengakui sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh ini adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mahathir mempunyai pengalaman yang banyak dalam pentadbiran negara dan tentunya lebih matang berbanding sebelum ini.

“Dulu beliau (Mahathir) umur 40-an sekarang 90-an. Suasana masyarakat berubah, keadaan berubah, pemikirannya juga berubah. Pengalaman beliau lebih banyak lagi dan beliau belajar dari pengalaman dulu.

“Daripada pengalaman dulu tu, kita jangka beliau sekarang jadi lebih matang sebab tu Mahathir janji nak bagi royalti kepada Kelantan dan Terengganu,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Musyidul Am Pas, Datuk Hasyim Jasin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN