BUKIT MERTAJAM – Seorang guru tuisyen wanita mengalami kecederaan termasuk ditumbuk di dahi oleh dua lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Taman Budiman di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya selepas pergi ke sebuah pusat membeli-belah di…










