SARIKEI – Seorang guru pelatih maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan apabila dua kenderaan bertembung dalam kemalangan jalan raya Bukit Sebangkoi dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa Danial Tong Jia Yong, 20, yang memandu sebuah kereta Perodua MyVi bersama seorang rakannya, dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuching. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kawasan kejadian…