PASIR PUTEH 24 Sept. – Muhammad Arif Muizzudin Amran, 12, yang patah kaki kerana terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, berdepan kesukaran untuk ke sekolah dan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku itu bagaimanapun bertuah kerana para guru sudi menjemput dia ke sekolah setiap pagi dengan menaiki kereta mereka dan bersedia menghantarnya pulang ke rumah sepanjang UPSR berlangsung. Guru Besar SK…










