Gunung Rinjani, Lombok ditutup selama setahun - Utusan Malaysia

Gunung Rinjani, Lombok ditutup selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI – Gunung berapi kedua tertinggi di dunia, Gunung Rinjani ditutup untuk sebarang aktiviti pendakian selama setahun.

Gunung yang turut menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong dan pendaki Malaysia itu, mengalami kerosakan teruk pada laluan pendakian akibat kejadian tanah runtuh susulan gempa bumi yang berterusan berlaku sejak awal Ogos lepas.

Gunung berketinggian 3,726 meter itu adalah sebahagian daripada Taman Nasional Rinjani yang seluas kira-kira 41,330 hektar, destinasi popular pelancong luar yang teruja dengan keindahan semulajadinya.

Ketua Taman Nasional Rinjani, Sudiyono berkata, proses pemulihan laluan pendakian akibat kejadian tanah runtuh dan retakan akibat gempa bumi itu dijangka mengambil masa setahun.

“Laluan pendakian banyak yang retak-retak dan sangat membahayakan pendaki, ia mengambil masa setahun untuk diperbaiki bagi membolehkan aktiviti pendakian kembali diadakan,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN