IPOH 9 Sept. – Semua peniaga dan pemilik premis yang memerlukan sijil perakuan bomba termasuk perakuan alat pemadam api, dinasihatkan supaya menggunakan khidmat ejen berdaftar yang merujuk kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis berkata, langkah itu bagi mengelakkan sebarang insiden pemalsuan dokumen bomba yang sememangnya berbeza dengan sijil perakuan asli. Beliau berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan sijil tidak sah serta mengenakan…










