GST kekang aliran dana haram - Utusan Malaysia

GST kekang aliran dana haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didakwa boleh mengakibatkan masalah pengaliran keluar dana haram dari negara ini ekoran kesukaran pihak berkuasa memantau syarikat yang menipu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, GST membolehkan kerajaan memantau harga kos bagi keseluruhan rangkaian pembekal sekali gus mengesan jika terdapat syarikat yang memalsukan harga barang import atau eksport.

Dakwanya, beliau telah berkali-kali menyatakan di Parlimen bahawa sebahagian besar kutipan GST berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah hasil daripada mereka yang elak cukai serta ekonomi haram dan bukan daripada rakyat biasa.

“Melaksanakan GST juga memboleh­kan kita untuk mempunyai asas pendapatan cukai lebih meluas bagi memberi ruang untuk kita tidak terlalu bergantung kepada cukai korporat,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN