Golongan mencabar perlembagaan, Islam semakin bebas - Hadi - Utusan Malaysia

Golongan mencabar perlembagaan, Islam semakin bebas – Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Sept. – Rakyat hari ini berhadapan dengan keadaan yang genting apabila golongan yang mencabar asas perlembagaan dan Islam semakin berani menzahirkan diri serta bergerak bebas tanpa pengawalan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, suara-suara sumbang tersebut mencabar institusi agama, istana, dan hak bumiputera.

Ahmad Zahid berswafoto
DR. AHMAD Zahid Hamidi (kanan) bersama Ketua Pengarah Pilihanraya Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) semasa Muktamar Pas Pusat kali ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Malah beliau berkata, gerakan yang memperjuangkan fahaman liberal; mazhab yang menyeleweng dan hubungan sejenis dilihat tanpa berselindung memperlihatkan diri mereka kepada masyarakat.

“Pas menghadapi cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam; menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama, dan kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan dan fitnah ‘Islamofobia’.  

Ahmad Zahid dan Devamany hadir muktamar Pas
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany (dua dari kanan) semasa menghadiri Muktamar Pas Pusat kali ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

“Masyarakat kini meletakkan masalah diri dan menjadikan isi perutnya sebagai keutamaan (Aulawiyyat).

“Petunjuk agama dan akal hanya sampingan, kerana cengkaman kejahilan agama, tertumpu keutamaan kepada kepentingan kebendaan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan keselamatan jasad yang berkiblatkan hidup duniawi sahaja,” katanya.

Hadi lancar buku
ABDUL Hadi Awang (tiga dari kiri) ketika merasmikan Buku Penerangan Pas Pusat semasa Muktamar Pas Pusat kali ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin pada majlis perasmian Muktamad Tahunan Pas Ke-64 di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua cabaran itu menuntut Pas untuk melipat-gandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN