SHAH ALAM 6 Sept. – Seramai 80 pemain memeriahkan kejohanan Golf Amal Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang diadakan di Kelab Golf Glenmarie, di sini, baru-baru ini. Kejohanan yang dianjurkan oleh YSB itu disertai pemain kebanyakannya terdiri daripada penderma berjaya mengumpul dana sebanyak RM440,000 dan dana tersebut akan digunakan untuk menjayakan projek-projek kemasyarakatan khususnya bagi penduduk Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun ini, YSB memfokuskan kepada projek-projek kesihatan komuniti seperti Pusat…










