KOTA BHARU 3 Sept. – Biro Peguam Muda, Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa agar kuasa Peguam Negara diberi pengasingan terhadap kes melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). NIK SAIFUL ADLI BURHAN Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, perkara itu boleh dilaksanakan menerusi pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, pengasingan kuasa itu bertujuan supaya SPRM mempunyai ruang yang selesa untuk menyiasat dan mendakwa kes tanpa mengira kedudukan politik dan pangkat individu.…










