KOTA BHARU 13 Sept. – Kementerian Pembangunan Usahawan membayangkan kemungkinan geran kewangan yang disalurkan secara percuma kepada usahawan di negara ini akan dikurangkan dalam Bajet 2019. Menterinya Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, langkah itu bagi memastikan usahawan tidak menyalah guna peruntukan untuk tujuan selain perniagaan. “Kita masih lagi merancang untuk bajet akan datang tapi saya nak beritahu awal, kita kena ketepikan jangkaan lebih banyak bantuan-bantuan berbentuk percuma (akan diberikan kerajaan…










