Sistem pendidikan negara perlu dirangka agar selari dengan kebangkitan era ekonomi digital yang merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi dunia. Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Datuk Sulaiman Wak berkata, usaha itu boleh dijayakan melalui inisiatif baharu iaitu pendidikan digital yang berupaya memberi pendedahan kepada generasi masa depan untuk memperoleh ilmu yang sesuai dengan teknologi hari ini. “Generasi muda Malaysia pada alaf akan datang mesti celik digital…










