Kejadian gempa bumi yang menggegarkan bumi Lombok di wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia baru-baru ini bukan sahaja memusnahkan beberapa kawasan di pulau itu malah memberi kerosakan teruk di kawasan Kabupaten Lombok Utara. Susulan daripada kejadian gempa bumi yang berukuran 6.4 skala Richter pada 29 Julai lalu itu, ratusan gegaran lain turut dilaporkan berlaku malah ada antaranya mencecah sehingga kekuatan 7 skala Richter pada 5 Ogos lalu. Lebih menyedihkan apabila bencana…










