KOTA BHARU 2 Sept. – Semakin ramai golongan muda di negeri ini khususnya pelajar sekolah didapati terlibat dalam gejala ketagihan ketum. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rohayu Ahmad berkata, pihaknya mendapati penagihan ketum semakin serius apabila sehingga penghujung Ogos lalu, sebanyak 1,026 pelajar membuat pengakuan secara lisan terlibat dengan gejala itu berbanding 790 orang bagi sepanjang tahun lalu. Menurut beliau, kos mendapatkan air ketum yang jauh lebih murah daripada…










