KUALA LUMPUR 20 Sept. – General Electric (GE), syarikat antarabangsa yang menawarkan kombinasi kejuruteraan dengan perisian dan analitik, meneruskan komitmennya di negara ini dengan melabur AS$80 juta (RM331.4 juta) di dalam GE Engine Services Malaysia (GEESM). Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GE, John Flannery mengesahkan komitmen terbaharu itu malah turut mengumumkan pembukaan Kaunter Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) Global syarikat tersebut di ibu pejabatnya di sini. GEESM, pusat penyediaan perkhidmatan enjin pesawat, akan memeterai perjanjian sewaan jangka panjang dengan Impeccable Vintage Properties (IVP), anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya