MENDEDAHKAN pelajar dengan pengetahuan sains, teknologi dan inovasi telah menjadi sebahagian tanggungjawab bagi universiti-universiti tempatan. Pendedahan berkenaan perlu dilakukan sejak di peringkat sekolah lagi agar dapat memupuk, menggalakkan dan meningkatkan minat pelajar terhadap dunia sains. Atas inisiatif itu, Jaringan Saintis Muda dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan pertandingan Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) 2018 peringkat Kuala Lumpur di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Penganjuran NSC 2018 turut menerima kerjasama…









