Gaji RM1,050 khianati pekerja - Utusan Malaysia

Gaji RM1,050 khianati pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau mereka yang berada dalam kumpulan B40 apabila hanya menaikkan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,050.

Ketua Setiausaha­nya, J. Solomon berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, PH mendesak kira-kira 14 juta pekerja untuk menyokong parti tersebut dengan janji manifestonya pendapatan maksimum pekerja seba­nyak RM1,500 sebulan.

“Hak asasi manusia yang paling asas bagi warga B40 terang-terang dilanggar walaupun sudah mempunyai kerajaan baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Solomon mengulas mengenai pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum akan disera­gamkan pada kadar RM1,050 sebulan atau bersamaan RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

“Peningkatan seba­nyak RM50 daripada RM1,000 adalah jumlah yang terlalu kecil kepada buruh manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,180 di Sabah.

“Selepas penangguhan selama 18 bulan dalam semakan pertama dan satu lagi pe­nangguhan selama enam bulan dalam semakan kedua yang bersamaan 24 bulan me­nunjukkan sikap tidak mengendahkan pekerja miskin dengan kenaikan gaji minimum ini,” kata katanya lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN