Gaji pegawai menteri lambat bukan sabotaj politik - KJ - Utusan Malaysia

Gaji pegawai menteri lambat bukan sabotaj politik – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Khairy Jamaluddin menegaskan kelewatan pembayaran gaji pegawai-pegawai menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan, bukan disabotaj kakitangan kerajaan yang pro-BN (Barisan Nasional).

Sebaliknya bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan ia berpunca daripada kerenah birokrasi dan bukan bermotifkan politik.

Ketika BN memerintah juga, kata beliau, pegawai-pegawainya juga hanya mendapat gaji tempoh tiga hingga empat bulan,

“Tiada kaitan dengan kakitangan awam pro-BN. Dulu pegawai saya pun tunggu 3-4 bulan sebelum dapat gaji mereka. Birokrasi bukan politik,” katanya dalam hantar ke Twitter peribadinya hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan kakitangan kerajaan yang pro-BN telah melambatkan pembayaran gaji pegawai-pegawai menteri Pakatan Harapan.

Kata beliau, kerajaan masa kini mendapati banyak kepincangan yang berlaku, tetapi kakitangan awam masih enggan melaksanakan keputusan yang diambil oleh kerajaan baharu.

“Jentera pentadbiran degil dan enggan menerima pelantikan menteri. Mereka masih dipengaruhi kerajaan lama.

“Ini disebabkan pegawai-pegawai masih taat kepada Datuk Seri Najib,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN