Gadis Saudi dibenar miliki pasport - Utusan Malaysia

Gadis Saudi dibenar miliki pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 21 Sept. – Sebuah mahkamah di Arab Saudi membenarkan permohonan seorang gadis memiliki pasport selepas ba­panya enggan membenarkannya berbuat demikian dalam keputusan mengejutkan di negara yang mengamalkan sistem penjagaan lelaki.

Menurut akhbar Okaz dan media tempatan lain, gadis berusia 24 tahun itu dari barat Jeddah dan namanya tidak didedahkan itu memfailkan permohonan mahkamah supaya membatalkan peranan bapanya sebagai penjaganya.

Kata laporan itu, wanita muda tersebut tinggal bersama ibunya dan tidak pernah melihat bapa­nya selama enam tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan itu dibuat selepas bapa gadis itu enggan membantunya mendapatkan pas­port bagi membolehkannya menyambung pengajian di luar negara.

Keputusan mahkamah itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

“Saya terkejut dengan percanggahan dalam sistem kerajaan,” tulis seorang wanita Arab Saudi.

Sistem tradisi di Arab Saudi mewajibkan anak gadis atau wanita memperoleh kebenaran daripada ahli keluarga lelaki untuk melakukan pelbagai perkara, termasuk melancong dan berkahwin.

Arab Saudi sejak kebelakangan ini melakukan pembaharuan sosial yang memberi kelonggaran kepada wanita termasuk membenarkan mereka memandu kereta dan mengha­diri perlawanan bola sepak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini