Fokus basmi gejala songsang ekonomi - Utusan Malaysia

Fokus basmi gejala songsang ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Golongan bumiputera di negara ini perlu segera mencari jalan membina kekuatan dengan membudayakan diri melalui amalan berintegriti dan berdaya saing agar tidak terjebak dalam gejala songsang dalam ekonomi.

Datuk Dr. Hasan Mad
Datuk Dr. Hasan Mad

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, seperti yang diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bumiputera perlu membasmi gejala songsang yang merencatkan pencapaian golongan itu dalam bidang ekonomi.

“Beliau (Dr. Mahathir) amat bimbang dengan gejala yang berlaku dalam bentuk sama ada rasuah, salah guna kuasa, penipuan, penyelewengan, kecuaian atau sikap serta nilai budaya dalam kalangan komuniti ekonomi bumiputera (KEB) yang gemar memilih jalan mudah dalam menjalankan perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang menjadi tumpuan utama pastinya gejala yang cenderung terhadap isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, dua hari lalu.

Dalam kongres tersebut, Dr. Mahathir menegaskan supaya usahawan bumiputera menjauhi amalan ‘ali baba’ yang didakwa sebagai punca kegagalan Dasar EKonomi Baharu (DEB). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini