NEW YORK 13 Sept. – Kebimbangan tentang ancaman Taufan Florence merebak ke bahagian selatan Amerika Syarikat (AS), apabila Georgia mengumumkan perintah darurat ekoran langkah Carolina menggesa orang ramaI di negeri itu supaya berpindah. Pusat Taufan Nasional (NHC) berkata, fenomena cuaca itu mencatatkan sedikit penurunan kepada ribut kategori tiga berbanding tahap lima sebelum ini namun masih membawa angin kencang selaju 201 kilometer sejam setakat pukul 2 petang, semalam. Florence dijangka membadai…









