KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. melantik Mohd. Hassan Ahmad sebagai Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif berkuat kuasa pada 26 September lalu. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu menyebut, Mohd. Hassan yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) dari University of Manchester, United Kingdom juga adalah Pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd. FGV juga mengumumkan penamatan tugas Datuk Siti Zauyah Md. Desa sebagai Pengarah Lantikan Kerajaan berkuat kuasa pada 26 September lepas. “Siti Zauyah sebelum ini adalah Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif di FGV,” kata makluman itu. – Bernama










