Ferrari tidak minat idea Liberty - Utusan Malaysia

Ferrari tidak minat idea Liberty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Louis Camilleri berpendapat, Liberty Media masih jauh lagi untuk menjangkau visi mereka dalam menentukan hala tuju sai­ngan Formula Satu (F1) me­langkaui tahun 2020.

Terdahulu, Liber­ty Media dan F1 me­ningkatkan lagi strategi mereka apabila mendedahkan tiga konsep jentera yang berpotensi untuk musim 2021 setelah Perjanjian Concorde yang ada ketika ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Camilleri menegaskan bahawa pasukan itu tidak terkejut dengan idea-idea yang dikemukakan oleh Pengarah Urusan F1, Ross Brawn memandangkan Ketua Ferrari, Maurizio Arrivabene mendakwa reka bentuk jentera pada masa depan kurang memberangsangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kini, Camilleri menegaskan, pihaknya mahu melihat visi yang lebih jelas oleh Liber­ty Media sebelum Ferrari membuat keputusan untuk bersetuju memberi komitmen bersaing dalam F1 me­langkaui tahun 2021.

“Perbinca­ngan sedang dijalankan bagi membincangkan isu meliputi aspek teknikal, kewa­ngan dan tadbir urus. Kami percaya terdapat persetujuan bersama terhadap asas objektif yang akan menentukan masa depan sukan ini.

“Bagaimanapun, visi secara terperinci nampaknya masih jauh daripada jangkauan. Ada perkembangan tetapi kita masih jauh daripada sebarang persetujuan yang merangkumi kesemua perkara sebelum boleh ditandatangani semua pa­sukan.

“Ferrari tetap me­negaskan bahawa sebarang keputusan tidak boleh menjejaskan status F1 sebagai perlumbaan permotoran paling berprestij. Terdapat konflik kepen­tingan yang jelas ketika ini,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini