JERANTUT 7 Sept. – Pengurusan Felda diminta memberi perhatian dan mempercepatkan proses pengeluaran penyata hutang terperinci kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara. Pengerusi Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman berkata, langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji yang termaktub dalam manifesto termasuk memansuhkan 50 peratus hutang peneroka Felda. “Langkah ini (menyediakan penyata hutang) kerja Felda, bukan kerja kerajaan sebab itu kita menuntut supaya Felda dapat mempercepatkan proses itu.…










