SHAH ALAM 21 Sept. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang menganjurkan kursus kejurulatihan penjaga gol Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Tahap 1 bermula dari 16 sehingga 23 September ini di Pusat Sukan UiTM di sini. Menurut Ketua Sekretariat Kursus, Ahmad Tarmizy Mohammed, program tersebut diadakan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih penjaga gol yang berkelayakan bagi mewarnai sukan itu di peringkat institusi pengajian tinggi dan…










