BARISAN NASIONAL (BN) selaku parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehaluan dengannya sedang menilai matlamat dan arah tuju pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad mulai 10 Mei lalu. Mereka khuatir Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketujuh, mungkin menyimpang daripada teras perjuangan berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Ini menyebabkan mereka lupa bahawa pentadbiran Dr. Mahathir (1981-2003) telah menguruskan Malaysia berpandukan falsafah keselamatan yang menggabungkan kemantapan politik dan kesejahteraan ekonomi…










