IPOH – Atlet memanah Sabah, Eugenius Lo Foh Soon dan ratu pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Perak malam tadi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menyerahkan trofi kepada Eugenius dan Azreen pada majlis penutupan rasmi Sukma 2018 tersebut. Eugenius, 17, berasal dari Kota Kinabalu berjaya meraih tiga pingat emas dan mencipta rekod kebangsaan…










