KUALA LUMPUR 20 Sept.- Tampil dengan single baharu, Milik Ku, kumpulan Estranged memilih untuk tidak memuat naik lagu tersebut di platform digital Spotify atau Youtube. Sebaliknya, Estranged lebih memilih untuk menjual lagu baharu tersebut menerusi jualan cekera padat (CD) yang boleh didapati di laman sosial, Facebook mereka, Estranged. Vokalis Estranged, Rich Gimbang berkata, keputusan tersebut dibuat kerana mereka percaya bahawa Spotify dan YouTube tidak memberi pulangan yang munasabah kepada artis bebas yang telah berusaha untuk menghasilkan karya dan membuat rakaman. “Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya