Eropah beri Israel amaran - Utusan Malaysia

Eropah beri Israel amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 21 Sept. – Sebanyak lapan negara Eropah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk lima anggota Majlis Keselamatan badan dunia itu menggesa Israel supaya me­ngubah keputusannya untuk memusnahkan sebuah kampung Palestin di Tebing Barat.

Britain, Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Poland dan Belanda memberi amaran kemusnahan Kampung Khan al-Ahmar akan mengancam ke­langsungan rancangan penyelesaian dua negara yang dicadangkan sebelum ini.

“Kami dengan ini meminta pihak berkuasa Israel supaya mempertimbangkan semula keputusan mereka memusnahkan Khan al-Ahmar,” tegas negara-negara itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menjelang mesyuarat Asia Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 5 September lalu, Mah­kamah Agung Israel me­nge­kalkan arahan untuk memusnahkan kampung itu atas sebab dibina tanpa permit.

Komuniti itu dihuni kira-kira 200 orang penduduk dan terletak di lokasi strategik berhampiran penempatan haram Yahudi dan di sepanjang jalan menuju Laut Mati.

Terdapat amaran bahawa pembinaan penempatan haram Yahudi berterusan di kawasan itu akan memisahkan Tebing Barat kepada dua dan me­ngasingkannya daripada Bai­tulmuqaddis.

Ini sekali gus memusnahkan impian untuk membentuk sebuah negara masa depan Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini