LONDON 28 Sept.- Bintang Tottenham Hotspur, Christian Eriksen belum pasti diturunkan menjelang pertembungan menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dia sah diketepikan untuk aksi bertemu Huddersfield, Sabtu ini. Eriksen bakal terlepas aksi di Stadium John Smith selepas mengalami kecederaan abdomen ketika Spurs menentang Brighton, minggu lalu. Namun, pengurus Spurs, Maurico Pochettino berkata, perancang utamanya itu masih berpeluang untuk diturunkan apabila melayan kunjungan Barcelona dalam saingan kumpulan B, pada awal…










