England ketepikan Sterling untuk aksi antarabangsa - Utusan Malaysia

England ketepikan Sterling untuk aksi antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Sept. – Raheem Sterling terpaksa diketepikan daripada skuad Three Lions, yang akan berdepan Sepanyol dan Switzerland susulan kecederaan belakang, kata Persatuan Bola Sepak England.

Pemain sayap Manchester City itu, yang beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan England sehingga mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 Rusia, telah meledak dua gol di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus Gareth Southgate, yang menyambut hari ulangtahun kelahiran ke-48 pada semalam, dijangka tidak akan mencari pengganti Sterling.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu menyebabkan England kini hanya memiliki tiga penyerang iaitu kapten Harry Kane dari Tottenham Hotspur, Danny Welbeck (Arsenal) dan Marcus Rashford (Manchester United) untuk perlawanan Liga Negara-Negara EUFA menentang Sepanyol Sabtu ini di Wembley, disusuli Switzerland dalam aksi persahabatan di Stadium Power King tiga hari kemudian.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini