TOKYO 4 Sept. – Sekurang-kurangnya enam maut dan berpuluh-puluh cedera selepas negara ini dibadai taufan terkuat dalam tempoh 25 tahun. Jepun sebelum ini menasihati lebih sejuta penduduknya berpindah dan beratus-ratus penerbangan keluar masuk dibatalkan. Taufan Jebi menjadi bencana terbaharu selepas Jepun sebelum ini berdepan hujan lebat, tanah runtuh, banjir dan cuaca panas melampau yang membunuh beratus-ratus orang. Beberapa kawasan mencatat air pasang tertinggi sejak taufan melanda kali terakhir pada 1961…










